Tuesday, 4 July 2017

PANTANG SEMUA JENIS BUSUR KENA PANAS

Ramai yang tidak sedar hal ni. Mungkin sebab tiada informasi dan sharing secara meluas. Penting untuk jangka hayat busur anda. Nampak simple dan macam takda effects, tetapi sekali terbuat, memang lunyai lah bow tu :)

Apakah tabiat yang tak osem boleh menyebabkan busur yang kita miliki ini boleh rosak, cracked, twisted pada limbs, poundage bow boleh menurun dan juga struktur bentuk busur berubah? Jawapannya ialah faktor HABA.

Ya! Memang betul tu. Bagi orang Malaysia, kita kena ingat dan sedar, kita berada di garisan khatulistiwa :) Dalam garisan ini, lebih-lebih lagi sekarang, cuaca panas memang dahsyat dan disarankan supaya tidak terdedah di bawah sinaran matahari terlalu lama. Boleh menjejaskan kesihatan dan boleh kena heat stroke! Memang digalakkan supaya berteduh jika melakukan aktiviti luar (outdoor). Sekarang ni, pukul 8 pagi pun dah terasa jam 11 bahangnya.




Kalau manusia macam kita ni pun dah kena kurangkan terdedah pada panas, apatah lagi busur yang anda miliki tu. Lagilah kena berjaga. Berikut, Awesome Archery ingin kongsikan beberapa tips penting tentang penjagaan dan keprihatinan terhadap aset yang dimiliki supaya jangka hayatnya lebih lama.


Elakkan busur anda tersimpan terlalu lama di dalam kereta.

Lebih-lebih lagi parked kereta kat kawasan yang panas. Memang suhu kereta meningkat dan boleh dikatakan jadi 'microwave' lah. Bayangkan jika kita duduk dalam kereta seperti ini. Maunya berpeluh! Ada banyak kes lupa anak dalam kereta, boleh meninggal budak tu! Jika bow anda dalam 'microwave' ni, for sure lah kualiti, osemness bow akan menurun.


Elakkan tali busur dipasang tanpa dibuka selamanya. 

Ni lagi berat. Jika bow anda biarkan talinya terpasang dan letak pula di dalam kereta seperti poin nombor 1 tadi, memang ini satu gerenti hayat busur tu akan menurun. Ada kes patah terus! So, kalau nak selamat, unstrung @ buka tali dari busur. Walaupun ada busur yang bagi guarentee, elok hidupkan tabiat membuka tali. Praktikkan amalan yang selamat :)


Elakkan terdedah dengan matahari terlalu lama. 

Ni biasa untuk mereka yang suka join pertandingan. Khususnya busur jenis tradisional jenis laminated. Memang kebiasaan, pertandingan akan dibuat di kawasan lapang dan sudah pasti panas. Bila pusingan anda sudah tamat dan menunggu giliran, elok amalkan tali busur dibuka. Bila nama anda dipanggil untuk pusingan seterusnya, pasang semula busur dan shoot! Ye, ada yang kata, lecehlah. Memang begitulah lumrah, kita tak suka kepada benda yang melecehkan. Tapi, dengan cara ini, anda dapat memanjangkan jangka hayat busur anda. Biar busur tu relax kejap. Kalau busur moden, biasanya steady aje. Tapi prinsipnya, bila kena panas, boleh cair dan berubah struktur molekul-molekul tu :)



Faktor haba sebenarnya sangat penting untuk disedari. Bukan apa, bow yang ada di jual dalam pasaran, terutamanya busur-busur tradisional @ laminated sangat sensitif kerana bahan kimia atau unsur organik seperti sinew, tanduk dan seumpamanya juga akan bertindak balas dengan ekstrim akibat suasana cuaca, iklim di negara kita yang panas. 

So, bare in mind, elakkan busur anda dari terdedah dengan faktor haba yang ekstrim. Jaga dengan cermat dan ini akan memanjangkan jangka hayat busur anda! 






----------------------------------

Nak tahu lagi mendalam tentang memanah gaya tradisional? Klik di sini





----------------------------------

No comments:

Post a Comment