Saturday, 8 July 2017

JANGAN KELIRU BRO! SIS! ARROW SPINE DENGAN ARROW WEIGHT!



Ada sahabat datang bertanya, bro, nak tukar arrow ringan skit boleh? Nak kasi laju lagi padu!

Awesome Archery pun kata, takda hal! Boleh je! Sahabat ni pun sambung lagi. Arrow 500sp ada? Ringan skit kan?

AA pun kata, ada. Tapi kenapa nak downgrade? Poundage bow aritu tinggikan? Dia pun kata, 60lbs. Sebelumni pakai 350. Rasa macam berat lak.

Situasi ini sebenarnya kurang tepat. Apa yang difikirkan oleh sahabat kita ni adalah satu kekeliruan. Berat anak panah bukanlah pada nilai kelenturan atau spine.

Asas pengetahuan ini adalah penting kerana jika kita tersalah faham konsep nilai spine dan juga berat anak panah, khuatir akan berlaku kemalangan atau bencana! huhu

Bila kita sembang pasal spine anak panah, kita kena faham tentang berapa banyak ia melentur @ flexes, tentang kekakuannya. Setiap anak panah harus membengkok semasa ia dilepaskan. Tetapi ia perlu bengkok pada jumlah tertentu. Jika ia terlalu banyak - spine lemah (weak) - maka penerbangannya tidak menentu. Jika ia tidak cukup lentur - spine yang keras (stiff) - maka anak panah tidak akan memaafkan (unforgiven). 

Ketepatan yang konsisten biasanya disebabkan pemilihan spine yang ideal. Penentuan spine anak panah yang ideal mestilah bergantung kepada 'draw length' dan kuasa busur (poundage). Draw length adalah penting, kerana itu menentukan tempoh anak panah yang anda perlukan dilepaskan dengan bersih (clear shot). 

Jika draw length anda panjang, lebih banyak lagi ia akan melentur. Draw length perlu diambil kira, kerana ia berkait juga dengan jumlah daya yang menolak anak panah nanti. Setiap anak panah mempunyai carta spine-selection yang tersendiri. So, anda harus belajar untuk tahu bagaimana memilih shaft anak panah. 


Jangan Ikut Logik


Logik kita mungkin mengatakan bahawa, untuk meringankan anak panah, kita harus bertukar dari 350 ke 500sp. Ini memang tak osem! Arrow 500 lebih ringan, tetapi ia juga lemah, dan masa nak buat penalaan (tuning) boleh menjadi masalah yang sebenar nanti. (Untuk kes 60lbs tadi la)

Sekiranya nak anak panah yang lebih ringan, gunakan spine yang sama dan disyorkan, tetapi beralih kepada berat poin yang lebih ringan atau sebaliknya (buat tuning). Spine sama - poin ringan. 


Ukuran Spine 


Jika kita beli anak panah yang berjenama, rujuk jadual yang disediakan. Tetapi, jika anda menempah anak panah jenis kayu atau buluh, rujuk si penjual. Jika penjual pun takda informasi, anda kena cari spine tester. Boleh juga DIY



Terdapat 2 jenis spine yang perlu kita maklum. Antaranya ialah Static Spine. Gunakan Spine Tester untuk menentukan kelenturan shaft kayu dan buloh anda. Jangan gunakan alat penimbang pulak untuk menentukan spine! Ini lagi tak osem! 

Nak tau lagi lanjut pasal spine? Dapatkan ebook dibawah ni :)



----------------------------------

Nak tahu lagi mendalam tentang memanah gaya tradisional? Klik di sini




1 comment:

  1. Jarak terdekat spine utk dipilih jika spine 500 atau 600 sold out cthnya..jika bow yg d guna 30lbs hingga 34lbs..adakah boleh mggunakn spine 700? Yg kita mklum, 700 utk poundage 18 hingga 26lbs lbih kurg..adakah ia spine 700 juga sesuai utk bow 30lbs atau 34lbs? Mohon pncerahan coach..

    ReplyDelete