Thursday, 29 June 2017

Langkah Primer Dalam Memanah Gaya Tradisional (Archery; Traditional Way)

Jika anda suka melakukan apa sahaja aktiviti berbentuk 'old school', memanah gaya tradisional adalah paling osem! Mana taknya, gaya ini telah lama dipraktikkan si pemanah yang terkenal pada zaman dahulu. Malah, nama-nama mereka masih tersemat di dalam budaya dan negara masing-masing.

Kepuasan dalam gaya tradisional ini mencabar keupayaan diri dengan hanya menggunakan peralatan asas iaitu busur dan anak panah sahaja. Walaupun hanya 2 ini, si pemanah masih mendapat ketepatan dan akurasi yang tinggi dalam setiap panahan.

Sekarang, gaya memanah moden telah terevolusi. Ia wujud disebabkan keghairahan untuk mendapatkan ketepatan pada setiap saat!

Ini adalah satu perkembangan yang baik dan osem! Serius! 


Langkah Primer; Dapatkan Peralatan Memanah 




Busur - Saat ini, terdapat pelbagai pilihan jenis busur. Ada yang diperbuat dari bahan kimia dan juga masih terdapat busur yang dibuat dari bahan yang organik lagi autentik. Tidak kiralah apa jenis bahannya, jika kita ingin memulakan aktiviti memanah ini, dapatkan busur yang sesuai mengikut budgets dan yang paling penting sekali ialah kemampuan untuk menarik busur. Jika anda terlalu mengikut 'ego rasa' yang kuasa busur yang tinggi adalah terbaik, maka anda pasti tidak dapat merasakan 'nikmat' memanah! Ingat, gaya memanah tradisional adalah busur dan anak panah sahaja. Tiada alat bantu dalam panahan melainkan naluri (instinctive) atau gerak hati anda semata mata! Wow!



Anak Panah - Busur tanpa anak panah adalah sia-sia. Serius! Ada banyak jenis material yang ada dijual dalam pasaran. Terdapat 5 jenis yang boleh di dapati; Karbon, Aluminium, Kayu, Buloh dan Fiberglass. Setiap material ini adalah berbeza dari sudut daya tahan dan juga kos :) Paling keras dan tahan lasak ialah karbon dan menurun sehingga ke fiberglass tadi. Walaupun ketahanan ini menurun, anda masih boleh memanah dengan anak panah yang ada. Namun yang demikian, hati-hati dengan anak panah, kena selalu buat semakan. 

Quiver - Ini adalah aksesori tambahan. Ia membantu pemanah untuk membawa anak panah ke mana sahaja dengan mudah dan selamat. Terdapat 2 jenis posisi quiver iaitu di pinggang atau dibelakang badan. 

Armguard - Atau perlindungan lengan tangan. Ia sangat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kesakitan pada lengan tangan anda. Kebiasaannya, bagi pemanah yang baru akan mudah terkena bidasan tali busur. Memang boleh memberikan kesan lebam dan trauma jika anda tidak menggunakannya.

Finger Glove @ Tab @ Saver - Berfungsi untuk melindungi jari anda dari tekanan tali busur di saat anda menarik tali busur. Jika anda menarik sekali atau dua mungkin tidak terasa tekanan ini. Tetapi bayangkan anda menarik busur melebihi 10 kali, jari anda akan mula memberikan respon; sakit! Lebih-lebih lagi jika menggunakan busur berkuasa tinggi. Memang sakit jari tu!




Ok, inilah langkah primer yang perlu anda lakukan. Jika sudah lengkap, anda boleh mulakan aktiviti memanah dengan selamat!











----------------------------------

Nak tahu lagi mendalam tentang memanah gaya tradisional? Klik di sini



----------------------------------

Friday, 17 February 2017

ROLAN CLUB R-FLEX RECURVE ARCHERY SET

Saturday, 14 May 2016

BAGAIMANA 'RUPA' MEMANAH ANDA?

Saat ini, aktiviti memanah mula berkembang dengan baik. Ini adalah petanda yang sangat osem di
negara kita. Tahniah diucapkan kepada anda semua! Peluang untuk mencuba dan menceburi aktiviti ini tidak seharusnya ditinggalkan atau ditangguhkan. Terbukti, secara peribadi dan kelompok, aktiviti ini benar-benar memberikan faedah pada fisiologi dan juga psikologi secara signifikan!

Pertumbuhan dan galakkan ini bukan hanya pada aktiviti memanah dengan metodologi moden, malah ramai juga mula meminati metod tradisional. Ia terpulang kepada pilihan dan kemahuan individu. Tidak kiralah moden atau tradisional, asasnya sama iaitu memanah!

Jika anda sudah memulakan aktiviti ini, ada beberapa soalan yang harus anda ada jawapan yang ideal/ terbaik;

1. Adakah set memanah yang anda miliki ini sesuai dengan anda?
2. Siapakah individu yang perlu saya dekati dan pelajari asas memanah?
3. Apakah set atau sistem minda yang perlu ada di dalam minda saya apabila mula memanah?

Adakah Set Memanah Yang Dimiliki Sekarang Ini Sesuai Dengan Saya?

Soalan ini memang sangat mendasar. Terlalu banyak pilihan model, bentuk, warna di pasaran sekarang. Ramai dan banyak individu atau syarikat yang tumbuh saat ini di Malaysia dan ia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan! Ini sangat osem! Kerana cendawan memang ramai yang suka makan! :) Ia positif!

Namun yang demikian, pemilihan busur dan peralatan memanah ini perlulah selari dengan potensi dan pilihan di hati. Walaupun anda mempunyai 'budget' yang baik untuk membelinya, maka elakkan dari membuat pembelian berdasarkan warna dan rupa bentuknya sahaja kerana strategi pemasaran memanglah begitu. Khuatir dengan kriteria ini, anda akan menyesal pula di pertengahan jalan.

Tidak lari juga tentang kuasa busur. Setiap busur yang ada di dalam dunia ini mempunyai kuasanya yang tersendiri. Maka, disini sebagai panduan untuk anda secara umum:

Namun yang demikian, carta ini hanyalah sebagai panduan umum yang anda boleh jadikan rujukan. Namun yang demikian, terdapat situasi tertentu yang memerlukan percubaan. Kadangkala ada individu yang secara fizikalnya mampu untuk memiliki kuasa busur yang diluar dari cadangan ini. Tetapi, cadangan yang terbaik ialah, mulakan aktiviti memanah dengan kuasa busur yang rendah terlebih dahulu. Elakkan terus memiliki kuasa yang tinggi kerana otot anda belum bersedia untuk aktiviti yang berat dengan frekuensi yang tinggi. Bahasa mudahnya, anda mungkin akan rasa menyesal kerana tidak dapat menikmati irama memanah kerana kuasanya besar/ berat untuk ditarik. Atau, miliki busur kuasa rendah dan tinggi. Jika untuk tujuan latihan dan membentuk habit yang osem, sebaiknya anda gunakan busur berkuasa rendah. Ia membantu otot dan habit anda ke arah situasi yang lebih bersedia dan konsisten!

Busur dan anak panah ibarat pokok dan bayang-bayang. Jika anda membeli busur dengan harga yang sangat tinggi, tetapi anda memiliki anak panah yang kurang osem, ia tidak akan memberikan impak yang osem! Percayalah, tanpa memiliki anak panah yang betul dari sudut kekerasan serta kelenturan yang betul dan panjang yang ideal, ia sangat mengecewakan!

Lain-lain aksesori seperti aspek keselamatan, kemudahan dan perlindungan, tidak lah menjadi isu utama kerana ia terpulang kepada pilihan dan 'budgets'.

Tonton ini dulu >>  https://youtu.be/qMEva0tZf2Q

Siapakah individu yang perlu saya dekati dan pelajari asas memanah?

Sesiapa sahaja yang anda ada rasa 'connection' atau tarikan. Secara teknikal, tentulah kepada individu atau kelompok yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang ini. Namun kebiasaannya, golongan ini mungkin terlalu jauh, sukar dan sedikit untuk didekati. Itu tidak menjadi penghalang!

Anda juga boleh dekati individu yang mungkin sudah ada pengalaman dan individu atau kelompok yang sudah lama menceburi aktiviti ini. Situasi ini samalah seperti kemahiran memasak. Jika anda ingin memasak, akses untuk mendekati chef yang terkenal dan hebat dalam memasak, ia mungkin agak mustahil. Untuk bertemu dengan chef adalah impian, Namun, anda boleh mulakan pembelajaran untuk menguasai kemahiran memasak dengan belajar dan bertanya dengan orang yang sudah lama dan biasa memasak! Make sense to you?

Untuk menjadi individu yang osem dalam memanah, bergaul dan berkenalan dengan mereka yang anda selesa, mudah akses dan ada 'connection'. Kesan pembelajaran anda pasti akan lebih cepat! Ia boleh jadi di internet atau di lapangan. Mana-mana saja anda boleh mulakan! Jangan risau!

Apakah set atau sistem minda yang perlu ada di dalam minda saya apabila mula memanah?

Ini paling penting. Apa sahaja perkara yang anda ingin lakukan, perlu mula dari minda. Dan persoalannya, apa yang ada dalam minda anda di saat ingin mulakan aktiviti ini? Jika anda tanya saya, saya pun tak tahu apa yang ada di dalam minda anda kerana Awesome Archery bukan mahir dalam membaca minda orang lain :)

Set minda atau mind set adalah segalanya. Apa yang muncul di alam fizikal ini bermula di alam minda. Alam minda bermula dengan bayangan dan memunculkan niat atau intention. Jadi, apakah set minda dan sistem minda anda dalam aktiviti ini. Jika di tanya, jawapan biasa kita dengar ialah

1. Hobi baru untuk diri dan keluarga
2. Well, inikan sunnah
3. Melatih untuk lebih fokus
4. Nak jadi macam dia!
5. Best juga nak cuba!
6. Dan macam-macam lagi!

Semua jawapan ini adalah sangat biasa dan normal. Tiada salah dan tiada masalah untuk ini. Namun yang demikian, adalah lebih osem jika kita mempunyai set dan sistem minda yang ideal dalam aktiviti ini. Jika anda mempunyai masa dan wang, dapatkanlah bahan bacaan di pasaran atau di dalam internet, mengapa orang terdahulu sebelum kita dilahirkan, memilih untuk memanah. Anda akan temui jawapannya yang sangat osem. Mereka mempunyai 'purpose' yang tinggi dan osem.

Well, ada juga mindset biasa mengatakan, alah, saya memanah biasa-biasa saja. suka-suka, untuk keluarga dan nak berkenalan. Pakar minda mengatakan, kita adalah apa yang kita fikirkan. Atau, kita adalah apa yang kita set kan dalam minda. Jika anda ingin menjadi individu yang osem dalam memanah, carilah set minda mereka yang sudah lama memanah. kemudian, setkan minda anda seperti mereka dan dengan cara ini, anda akan berada di 'jalan' yang sama seperti mereka yang telah lama memanah. Kesannya, cara anda memanah, cara anda mempromosikan memanah, cara anda berkongsi tentang memanah adalah sama prinsipnya seperti mereka yang dahulu. 

Elakkan set minda anda di tentukan oleh persekitaran semasa anda. Memang tiada masalah dan isu untuk itu, tetapi ia adalah set minda biasa-biasa saja dan kadangkala ia menyuburkan ego individu atau kelompok. Ini tidak osem! 

Memanahlah, kerana sabda Rasulullah saw, terdapat kekuatan dalam memanah. Dan ia disebut 3 kali berturut-turut. Kekuatan ini tidak terhenti pada maksud kekuatan senjata yang ada pada ketika itu, tetapi sains sukan sudah melakukan kajian yang sangat osem dan aktiviti memanah ini memberikan kekuatan pada tubuh badan fisiologi dan juga psikologi mental seseorang.

Jadilah individu, keluarga, masyarakat yang kuat. Ia boleh dirasai dan didapati antaranya dalam aktiviti memanah. Aktiviti memanah ini adalah salah satu saranan atau cadangan yang boleh kita meraih kekuatan ini, namun hati-hati dalam cara kita mempromosikan aktiviti ini.

Selamat memanah!

Sunday, 20 September 2015

AWESOME ARCHERY ELITE CAMP 3 - MEI 2016






Kepada mana-mana individu yang baru ingin mencuba atau baru menceburi aktiviti memanah ini, anda dijemput untuk bersama di dalam AWESOME ARCHERY ELITE CAMP yang akan di adakan pada  7-8 MEI 2016.

Program kem osem ini terbuka kepada mana-mana individu lelaki mahupun wanita (digalakkan bersama rakan atau keluarga) bermula dari 12 tahun ke atas.

Kem osem ini akan di adakan selama 2 hari 1 malam di Alang Sedayu Gombak ..Tiada pendaftaran secara 'walk in'.

Semua peralatan memanah termasuk, busur, anak panah, target butt, target face, backquiver, armguard, compressed polyesterene ball dan lain-lain lagi peralatan dalam memanah. Jenis busur yang digunakan ialah Rolan Snake Bow dari Perancis https://youtu.be/fqPVvBI1uaY


Objektif AA Elite Camp ini ialah;

1. Membimbing & memperkasakan asas dalam aktiviti memanah tradisional.
2. Meluaskan lagi kemahiran menyelengara dan memperbaiki peralatan memanah dengan menggunakan peralatan yang tepat dan betul.
3. Memberi ruang dan peluang untuk bersama dalam kumpulan Awesome Archery Community
4. Mendalami lebih mendalam asas dan taraf atas (advanced) dalam aktiviti memanah.
5. Menikmati dan menyelami keindahan dan kedamaian hutan simpan sambil memanah.


Selepas menghadiri kem ini, anda akan dapat;

1. Mengenali dan memahami bentuk dan gaya memanah yang ada di dalam dunia memanah.
2. Menguasai asas memanah tradisional dengan baik.
3. Menguasai asas dalam penyelenggaraan dan baik pulih peralatan memanah.
4. Pengalaman memanah di dalam suasana hutan yang indah.
5. Sijil pengamal memanah gaya Awesome Archery :)
6. Jungle trekking di dalam hutan yang sangat mendamaikan.

Dan banyak lagi yang sangat osem!

Album kem Disember 2015 https://goo.gl/KEleue
Album kem Mac 2016 https://goo.gl/mLOVWM

Tonton Trailer 1 - https://youtu.be/suF4bSuCAgI
Tonton Trailer 2 - https://youtu.be/vTyoPssHTRI


Antara modul yang akan dipelajari

1. Asas memanah dengan rujukan buku THE WAY OF ARCHER; Chinese Military Training Manual dan Manual Osem yang telah di kemaskini!
2. Anatomi set memanah tradisional dan moden.











3. Penyelenggaraan anak panah dengan menggunakan alatan seperti Fletching Jig, Serving Jig dan sebagainya.











4. Menentukan panjang depa (draw length), draw weight dan arrow length dengan tepat.

5. Format asas dan tetap memanah tradisional.













6. Menggunakan Matrix Aiming & Instinctive.








7. Menentukan mata dominon dan berlatih untuk mendapatkan otot memori yang baik.






8. Fast Shooting @ Memanah pantas dengan menggunakan backquiver dan di tangan.












9. Memanah teknik Huns (11 anak panah di tangan).

10. Memanah Teknik Dagger (kinzhalka)
https://youtu.be/SAkxpCy0Xbw (minit ke 2:16)

11.Menggunakan target face osem di dalam hutan untuk pengukuhan 'Matrix Aiming'.










12. Memanah di dalam suasana hutan yang mendamaikan dan menyegarkan! Peluang ini jangan dilepaskan!











Tentatif Kem
Hari Pertama
8.30-10.00pg            Pendaftaran/ Check In/ Minum pagi
10.30-1.00 ptg          KELAS 1
1.00-2.00 ptg            Rehat/ Makan/ Solat Zohor
2.00-4.30 ptg            KELAS 2
4.30-5.15 ptg            Minum petang/ Solat Asar
5.15-6.30 ptg            KELAS 3
6.30-9.00 mlm          Siap diri/ Solat Maghrib/ Sharing/ Makan Malam/ Solat Isyak
9.00-11.00 mlm        KELAS 4
11.00-...                    Rehat
Hari Kedua
5.30-7.00 pg             Siap diri/ Solat Subuh/ Sharing
7.00-8.30 pg             Siap Diri/ Sarapan
8.30-1.00 ptg            KELAS 5
1.00-2.00 ptg            Rehat/ Makan/ Solat Zohor
2.00-4.00 ptg            KELAS 6
4.00-5.30 ptg            Penutup Kem/ Minum petang/ Solat Asar/ Bersurai

Suasana Kem Elite Camp



Yuran



PERHATIAN!!
1. Deposit RM 100 untuk tempahan tempat. Baki boleh dijelaskan pada hari kem. Deposit tidak akan dikembalikan jika pembatalan 1 minggu sebelum program. 

2. Jika ingin membawa keluarga, boleh nyatakan kepada pihak penganjur. Bayaran tambahan akan dikenakan utk makanan dan penginapan keluarga yang dibawa. Pembayaran  penuh perlu dibuat utk tambahan ahli keluarga yang datang bersama.


DAFTAR DI SINI