Sunday, 20 September 2015

AWESOME ARCHERY ELITE CAMP 3 - MEI 2016






Kepada mana-mana individu yang baru ingin mencuba atau baru menceburi aktiviti memanah ini, anda dijemput untuk bersama di dalam AWESOME ARCHERY ELITE CAMP yang akan di adakan pada  7-8 MEI 2016.

Program kem osem ini terbuka kepada mana-mana individu lelaki mahupun wanita (digalakkan bersama rakan atau keluarga) bermula dari 12 tahun ke atas.

Kem osem ini akan di adakan selama 2 hari 1 malam di Alang Sedayu Gombak ..Tiada pendaftaran secara 'walk in'.

Semua peralatan memanah termasuk, busur, anak panah, target butt, target face, backquiver, armguard, compressed polyesterene ball dan lain-lain lagi peralatan dalam memanah. Jenis busur yang digunakan ialah Rolan Snake Bow dari Perancis https://youtu.be/fqPVvBI1uaY


Objektif AA Elite Camp ini ialah;

1. Membimbing & memperkasakan asas dalam aktiviti memanah tradisional.
2. Meluaskan lagi kemahiran menyelengara dan memperbaiki peralatan memanah dengan menggunakan peralatan yang tepat dan betul.
3. Memberi ruang dan peluang untuk bersama dalam kumpulan Awesome Archery Community
4. Mendalami lebih mendalam asas dan taraf atas (advanced) dalam aktiviti memanah.
5. Menikmati dan menyelami keindahan dan kedamaian hutan simpan sambil memanah.


Selepas menghadiri kem ini, anda akan dapat;

1. Mengenali dan memahami bentuk dan gaya memanah yang ada di dalam dunia memanah.
2. Menguasai asas memanah tradisional dengan baik.
3. Menguasai asas dalam penyelenggaraan dan baik pulih peralatan memanah.
4. Pengalaman memanah di dalam suasana hutan yang indah.
5. Sijil pengamal memanah gaya Awesome Archery :)
6. Jungle trekking di dalam hutan yang sangat mendamaikan.

Dan banyak lagi yang sangat osem!

Album kem Disember 2015 https://goo.gl/KEleue
Album kem Mac 2016 https://goo.gl/mLOVWM

Tonton Trailer 1 - https://youtu.be/suF4bSuCAgI
Tonton Trailer 2 - https://youtu.be/vTyoPssHTRI


Antara modul yang akan dipelajari

1. Asas memanah dengan rujukan buku THE WAY OF ARCHER; Chinese Military Training Manual dan Manual Osem yang telah di kemaskini!
2. Anatomi set memanah tradisional dan moden.











3. Penyelenggaraan anak panah dengan menggunakan alatan seperti Fletching Jig, Serving Jig dan sebagainya.











4. Menentukan panjang depa (draw length), draw weight dan arrow length dengan tepat.

5. Format asas dan tetap memanah tradisional.













6. Menggunakan Matrix Aiming & Instinctive.








7. Menentukan mata dominon dan berlatih untuk mendapatkan otot memori yang baik.






8. Fast Shooting @ Memanah pantas dengan menggunakan backquiver dan di tangan.












9. Memanah teknik Huns (11 anak panah di tangan).

10. Memanah Teknik Dagger (kinzhalka)
https://youtu.be/SAkxpCy0Xbw (minit ke 2:16)

11.Menggunakan target face osem di dalam hutan untuk pengukuhan 'Matrix Aiming'.










12. Memanah di dalam suasana hutan yang mendamaikan dan menyegarkan! Peluang ini jangan dilepaskan!











Tentatif Kem
Hari Pertama
8.30-10.00pg            Pendaftaran/ Check In/ Minum pagi
10.30-1.00 ptg          KELAS 1
1.00-2.00 ptg            Rehat/ Makan/ Solat Zohor
2.00-4.30 ptg            KELAS 2
4.30-5.15 ptg            Minum petang/ Solat Asar
5.15-6.30 ptg            KELAS 3
6.30-9.00 mlm          Siap diri/ Solat Maghrib/ Sharing/ Makan Malam/ Solat Isyak
9.00-11.00 mlm        KELAS 4
11.00-...                    Rehat
Hari Kedua
5.30-7.00 pg             Siap diri/ Solat Subuh/ Sharing
7.00-8.30 pg             Siap Diri/ Sarapan
8.30-1.00 ptg            KELAS 5
1.00-2.00 ptg            Rehat/ Makan/ Solat Zohor
2.00-4.00 ptg            KELAS 6
4.00-5.30 ptg            Penutup Kem/ Minum petang/ Solat Asar/ Bersurai

Suasana Kem Elite Camp



Yuran



PERHATIAN!!
1. Deposit RM 100 untuk tempahan tempat. Baki boleh dijelaskan pada hari kem. Deposit tidak akan dikembalikan jika pembatalan 1 minggu sebelum program. 

2. Jika ingin membawa keluarga, boleh nyatakan kepada pihak penganjur. Bayaran tambahan akan dikenakan utk makanan dan penginapan keluarga yang dibawa. Pembayaran  penuh perlu dibuat utk tambahan ahli keluarga yang datang bersama.


DAFTAR DI SINI



No comments:

Post a Comment