Kepuasan dalam gaya tradisional ini mencabar keupayaan diri dengan hanya menggunakan peralatan asas iaitu busur dan anak panah sahaja. Walaupun hanya 2 ini, si pemanah masih mendapat ketepatan dan akurasi yang tinggi dalam setiap panahan.
Sekarang, gaya memanah moden telah terevolusi. Ia wujud disebabkan keghairahan untuk mendapatkan ketepatan pada setiap saat!
Ini adalah satu perkembangan yang baik dan osem! Serius!
Langkah Primer; Dapatkan Peralatan Memanah
Busur - Saat ini, terdapat pelbagai pilihan jenis busur. Ada yang diperbuat dari bahan kimia dan juga masih terdapat busur yang dibuat dari bahan yang organik lagi autentik. Tidak kiralah apa jenis bahannya, jika kita ingin memulakan aktiviti memanah ini, dapatkan busur yang sesuai mengikut budgets dan yang paling penting sekali ialah kemampuan untuk menarik busur. Jika anda terlalu mengikut 'ego rasa' yang kuasa busur yang tinggi adalah terbaik, maka anda pasti tidak dapat merasakan 'nikmat' memanah! Ingat, gaya memanah tradisional adalah busur dan anak panah sahaja. Tiada alat bantu dalam panahan melainkan naluri (instinctive) atau gerak hati anda semata mata! Wow!
Anak Panah - Busur tanpa anak panah adalah sia-sia. Serius! Ada banyak jenis material yang ada dijual dalam pasaran. Terdapat 5 jenis yang boleh di dapati; Karbon, Aluminium, Kayu, Buloh dan Fiberglass. Setiap material ini adalah berbeza dari sudut daya tahan dan juga kos :) Paling keras dan tahan lasak ialah karbon dan menurun sehingga ke fiberglass tadi. Walaupun ketahanan ini menurun, anda masih boleh memanah dengan anak panah yang ada. Namun yang demikian, hati-hati dengan anak panah, kena selalu buat semakan.
Quiver - Ini adalah aksesori tambahan. Ia membantu pemanah untuk membawa anak panah ke mana sahaja dengan mudah dan selamat. Terdapat 2 jenis posisi quiver iaitu di pinggang atau dibelakang badan.
Armguard - Atau perlindungan lengan tangan. Ia sangat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kesakitan pada lengan tangan anda. Kebiasaannya, bagi pemanah yang baru akan mudah terkena bidasan tali busur. Memang boleh memberikan kesan lebam dan trauma jika anda tidak menggunakannya.
Finger Glove @ Tab @ Saver - Berfungsi untuk melindungi jari anda dari tekanan tali busur di saat anda menarik tali busur. Jika anda menarik sekali atau dua mungkin tidak terasa tekanan ini. Tetapi bayangkan anda menarik busur melebihi 10 kali, jari anda akan mula memberikan respon; sakit! Lebih-lebih lagi jika menggunakan busur berkuasa tinggi. Memang sakit jari tu!
Ok, inilah langkah primer yang perlu anda lakukan. Jika sudah lengkap, anda boleh mulakan aktiviti memanah dengan selamat!
----------------------------------
Nak tahu lagi mendalam tentang memanah gaya tradisional? Klik di sini
----------------------------------
No comments:
Post a Comment