
negara kita. Tahniah diucapkan kepada anda semua! Peluang untuk mencuba dan menceburi aktiviti ini tidak seharusnya ditinggalkan atau ditangguhkan. Terbukti, secara peribadi dan kelompok, aktiviti ini benar-benar memberikan faedah pada fisiologi dan juga psikologi secara signifikan!
Pertumbuhan dan galakkan ini bukan hanya pada aktiviti memanah dengan metodologi moden, malah ramai juga mula meminati metod tradisional. Ia terpulang kepada pilihan dan kemahuan individu. Tidak kiralah moden atau tradisional, asasnya sama iaitu memanah!
Jika anda sudah memulakan aktiviti ini, ada beberapa soalan yang harus anda ada jawapan yang ideal/ terbaik;
1. Adakah set memanah yang anda miliki ini sesuai dengan anda?
2. Siapakah individu yang perlu saya dekati dan pelajari asas memanah?
3. Apakah set atau sistem minda yang perlu ada di dalam minda saya apabila mula memanah?
Adakah Set Memanah Yang Dimiliki Sekarang Ini Sesuai Dengan Saya?
Soalan ini memang sangat mendasar. Terlalu banyak pilihan model, bentuk, warna di pasaran sekarang. Ramai dan banyak individu atau syarikat yang tumbuh saat ini di Malaysia dan ia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan! Ini sangat osem! Kerana cendawan memang ramai yang suka makan! :) Ia positif!Namun yang demikian, pemilihan busur dan peralatan memanah ini perlulah selari dengan potensi dan pilihan di hati. Walaupun anda mempunyai 'budget' yang baik untuk membelinya, maka elakkan dari membuat pembelian berdasarkan warna dan rupa bentuknya sahaja kerana strategi pemasaran memanglah begitu. Khuatir dengan kriteria ini, anda akan menyesal pula di pertengahan jalan.

Namun yang demikian, carta ini hanyalah sebagai panduan umum yang anda boleh jadikan rujukan. Namun yang demikian, terdapat situasi tertentu yang memerlukan percubaan. Kadangkala ada individu yang secara fizikalnya mampu untuk memiliki kuasa busur yang diluar dari cadangan ini. Tetapi, cadangan yang terbaik ialah, mulakan aktiviti memanah dengan kuasa busur yang rendah terlebih dahulu. Elakkan terus memiliki kuasa yang tinggi kerana otot anda belum bersedia untuk aktiviti yang berat dengan frekuensi yang tinggi. Bahasa mudahnya, anda mungkin akan rasa menyesal kerana tidak dapat menikmati irama memanah kerana kuasanya besar/ berat untuk ditarik. Atau, miliki busur kuasa rendah dan tinggi. Jika untuk tujuan latihan dan membentuk habit yang osem, sebaiknya anda gunakan busur berkuasa rendah. Ia membantu otot dan habit anda ke arah situasi yang lebih bersedia dan konsisten!
Busur dan anak panah ibarat pokok dan bayang-bayang. Jika anda membeli busur dengan harga yang sangat tinggi, tetapi anda memiliki anak panah yang kurang osem, ia tidak akan memberikan impak yang osem! Percayalah, tanpa memiliki anak panah yang betul dari sudut kekerasan serta kelenturan yang betul dan panjang yang ideal, ia sangat mengecewakan!
Lain-lain aksesori seperti aspek keselamatan, kemudahan dan perlindungan, tidak lah menjadi isu utama kerana ia terpulang kepada pilihan dan 'budgets'.
Tonton ini dulu >> https://youtu.be/qMEva0tZf2Q
Siapakah individu yang perlu saya dekati dan pelajari asas memanah?
Sesiapa sahaja yang anda ada rasa 'connection' atau tarikan. Secara teknikal, tentulah kepada individu atau kelompok yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang ini. Namun kebiasaannya, golongan ini mungkin terlalu jauh, sukar dan sedikit untuk didekati. Itu tidak menjadi penghalang!
Anda juga boleh dekati individu yang mungkin sudah ada pengalaman dan individu atau kelompok yang sudah lama menceburi aktiviti ini. Situasi ini samalah seperti kemahiran memasak. Jika anda ingin memasak, akses untuk mendekati chef yang terkenal dan hebat dalam memasak, ia mungkin agak mustahil. Untuk bertemu dengan chef adalah impian, Namun, anda boleh mulakan pembelajaran untuk menguasai kemahiran memasak dengan belajar dan bertanya dengan orang yang sudah lama dan biasa memasak! Make sense to you?
Untuk menjadi individu yang osem dalam memanah, bergaul dan berkenalan dengan mereka yang anda selesa, mudah akses dan ada 'connection'. Kesan pembelajaran anda pasti akan lebih cepat! Ia boleh jadi di internet atau di lapangan. Mana-mana saja anda boleh mulakan! Jangan risau!
Apakah set atau sistem minda yang perlu ada di dalam minda saya apabila mula memanah?
Ini paling penting. Apa sahaja perkara yang anda ingin lakukan, perlu mula dari minda. Dan persoalannya, apa yang ada dalam minda anda di saat ingin mulakan aktiviti ini? Jika anda tanya saya, saya pun tak tahu apa yang ada di dalam minda anda kerana Awesome Archery bukan mahir dalam membaca minda orang lain :)
Set minda atau mind set adalah segalanya. Apa yang muncul di alam fizikal ini bermula di alam minda. Alam minda bermula dengan bayangan dan memunculkan niat atau intention. Jadi, apakah set minda dan sistem minda anda dalam aktiviti ini. Jika di tanya, jawapan biasa kita dengar ialah
1. Hobi baru untuk diri dan keluarga
2. Well, inikan sunnah
3. Melatih untuk lebih fokus
4. Nak jadi macam dia!
5. Best juga nak cuba!
6. Dan macam-macam lagi!
Semua jawapan ini adalah sangat biasa dan normal. Tiada salah dan tiada masalah untuk ini. Namun yang demikian, adalah lebih osem jika kita mempunyai set dan sistem minda yang ideal dalam aktiviti ini. Jika anda mempunyai masa dan wang, dapatkanlah bahan bacaan di pasaran atau di dalam internet, mengapa orang terdahulu sebelum kita dilahirkan, memilih untuk memanah. Anda akan temui jawapannya yang sangat osem. Mereka mempunyai 'purpose' yang tinggi dan osem.
Well, ada juga mindset biasa mengatakan, alah, saya memanah biasa-biasa saja. suka-suka, untuk keluarga dan nak berkenalan. Pakar minda mengatakan, kita adalah apa yang kita fikirkan. Atau, kita adalah apa yang kita set kan dalam minda. Jika anda ingin menjadi individu yang osem dalam memanah, carilah set minda mereka yang sudah lama memanah. kemudian, setkan minda anda seperti mereka dan dengan cara ini, anda akan berada di 'jalan' yang sama seperti mereka yang telah lama memanah. Kesannya, cara anda memanah, cara anda mempromosikan memanah, cara anda berkongsi tentang memanah adalah sama prinsipnya seperti mereka yang dahulu.
Elakkan set minda anda di tentukan oleh persekitaran semasa anda. Memang tiada masalah dan isu untuk itu, tetapi ia adalah set minda biasa-biasa saja dan kadangkala ia menyuburkan ego individu atau kelompok. Ini tidak osem!
Memanahlah, kerana sabda Rasulullah saw, terdapat kekuatan dalam memanah. Dan ia disebut 3 kali berturut-turut. Kekuatan ini tidak terhenti pada maksud kekuatan senjata yang ada pada ketika itu, tetapi sains sukan sudah melakukan kajian yang sangat osem dan aktiviti memanah ini memberikan kekuatan pada tubuh badan fisiologi dan juga psikologi mental seseorang.
Jadilah individu, keluarga, masyarakat yang kuat. Ia boleh dirasai dan didapati antaranya dalam aktiviti memanah. Aktiviti memanah ini adalah salah satu saranan atau cadangan yang boleh kita meraih kekuatan ini, namun hati-hati dalam cara kita mempromosikan aktiviti ini.
Selamat memanah!
Jadilah individu, keluarga, masyarakat yang kuat. Ia boleh dirasai dan didapati antaranya dalam aktiviti memanah. Aktiviti memanah ini adalah salah satu saranan atau cadangan yang boleh kita meraih kekuatan ini, namun hati-hati dalam cara kita mempromosikan aktiviti ini.
Selamat memanah!
No comments:
Post a Comment