Monday, 4 May 2015
Awesome Archery Malaysia
Terima kasih diucapkan kepada semua peminat Geng Panah PVC Malaysia. Atas sokongan dan penglibatan secara langsung dan tidak langsung, komuniti ini semakin berkembang positif dari dalam dan luar Negara! Ini sangat osem!
Atas dasar itulah, Geng Panah PVC ingin menjenamakan semula komuniti ini kepada nama yang lebih universal dan lebih osem dengan munculnya AWESOME ARCHERY MALAYSIA.
Platform ini diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan lagi aktiviti memanah berkembang dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Dan platform ini juga akan berfungsi sebagai pusat aktiviti memanah di alam maya pertama yang terkehadapan dalam versi bahasa Malaysia.
AAM akan giat menjalankan aktiviti memanah dengan meluaskan lagi promosi, aktiviti memanah, jualan dan sebagainya di seluruh Malaysia supaya aktiviti menyihatkan ini menjadi popular.
Di dalam AAM, pecahan jenis busur akan dikembangkan ialah istilah GENG ini; Dibawah AAM, terdapat 5 GENG dibentuk;
1. GENG PANAH PVC
2. GENG PANAH RECURVE
3. GENG PANAH COMPOUND
4. GENG PANAH TRADITIONAL
5. GENG PANAH BERKUDA
Osem bukan?
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan kami!
Terima kasih kepada semua individu dan organisasi yang terus menyokong dan mendokong visi dan misi AAM!
Jumpa lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment